KUALA LUMPUR: Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara dan lebih teruk menyusahkan kehidupan orang ramai.
Penganalisis keselamatan dan politik Noor Nirwandy Mat Noordin, mendakwa perhimpunan di ibu negara hari ini yang tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 menggunakan simbolisme dan sentimen patriotisme kenegaraan palsu.
Noor Nirwandy yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata perkara berkenaan sekiranya tidak diatasi berpotensi mencetuskan unsur subversif seterusnya menidakkan Malaysia sebagai negara aman, merdeka, berdaulat dan sejahtera.
"Bila berlaku demonstrasi, dibimbangi ia akan mewujudkan emosi berbahaya yang kemudian membawa ideologi tidak sihat seterusnya bertukar menjadi aktiviti keganasan atau subversif dan kita tidak mahu ini berlaku seperti mana banyak terjadi di luar negara.
"Masyarakat perlu berhati-hati kerana permainan segelintir ahli politik untuk kepentingan peribadi boleh menimbulkan keterujaan yang jika gagal dibendung atau dikawal dengan baik boleh menjadi satu bentuk ancaman kepada negara," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Melontarkan pandangan sama, Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Mujibu Abd Muis berkata walaupun hak untuk berhimpun dijamin di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia tidak seharusnya disalah guna semata-mata untuk meraih kepentingan politik lebih-lebih lagi dengan sentimen bertujuan memburukkan pihak tertentu.
"Isunya kebanyakan perhimpunan berprofil tinggi (seperti ini) berlaku untuk mendapatkan kepentingan politik dan digunakan untuk petikan suara bagi memburukkan pihak tertentu dan pihak berwajib.
"Mereka tidak dapat kebenaran tetapi tetap diteruskan, dan apabila diambil tindakan, (mereka akan) kata pihak berwajib kejam dan zalim," kata Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM itu.
Katanya perhimpunan yang diadakan ketika negara meraikan Hari Malaysia sangat tidak wajar kerana sambutan hari ini sepatutnya dipenuhi dengan pelbagai aktiviti membina dan menyatupadukan rakyat.
Perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan dan disertai kira-kira 850 peserta sebagaimana dinyatakan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Berbeza dengan program Keretapi Sarong 2023 (KS 2023), lebih 10,000 peserta pelbagai kaum dan usia menyertai acara berkenaan di Dataran Merdeka di sini yang diadakan bertujuan menyemai semangat cintakan negara sempena sambutan Hari Malaysia.
Bagi orang ramai, perhimpunan yang bermula di Masjid Jamek Kampung Baru sebelum ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sangat menyusahkan dan mengganggu aktiviti hujung minggu mereka.
Seorang peniaga kain tudung di Jalan TAR Jamilah Satin, 50, berkata jualannya pada hari ini sangat merosot kerana kekurangan pelanggan susulan terdapat perhimpunan di kawasan itu.
"Kebiasaannya saya mampu menjual hampir 20 hingga 30 kain tudung sehari, tapi pada hari ini baru seorang yang datang membeli," katanya.
Sementara itu, seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Azam yang datang membeli-belah di sebuah pusat membeli-belah di Jalan TAR sempena cuti umum hari ini terpaksa menunggu hampir lima jam sebelum boleh keluar dari kawasan berkenaan kerana kesesakan lalu lintas.
"Saya dari Kelantan datang ke sini bersama keluarga untuk membeli-belah, tak sangka pula ada perhimpunan ini yang menganggu aktiviti hujung minggu saya," katanya.
Orang ramai juga melepaskan "geram" di media sosial antaranya Hasrey Hj Haris yang berkata: "Tolonglah jangan sertai apa-apa, buat semak lalu lintas sahaja. Waktu cuti inilah orang yang bekerja harian nak bawa anak-anak jalan-jalan di kawasan Kuala Lumpur,".
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, himpunan di hadapan sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur disertai kira-kira 850 peserta. - Gambar/ FB PAS Pusat
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.